Tuesday, 20 August 2019

FORT CORNWALLIS PULAU PINANG



Pulau Pinang juga mempunyai tempat-tempat bersejarah seperti di negeri-negeri yang lain. Apa yang akan saya kongsikan dalam blog ini adalah suatu tempat tinggalan sejarah yang terdapat di Pulau Pinang iaitu Fort Cornwallis. Mari kita terjah bersama-sama.

Fort Corwallis ini adalah sebuah kota tinggalan sejarah yang terletak di Padang Kota Lama, Gorgetown, Pulau Pinang. Kini Fort Cornwallis telah menjadi salah satu tarikan pelancong luar dan dalam negara ke Pulau Pinang. Bagi mereka yang ingin berkunjung ke sini, waktu operasi bagi destinasi ini adalah bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10 malam pada setiap hari. Harga tiket bagi sesiapa yang ingin mengunjungi Fort Cornwallis adalah seperti yang berikut:



1) Harga Pemegang MyKad

Kategori
Harga
Dewasa
RM10
Kanak-Kanak
RM5

2) Harga Pelancong Luar

 Kategori
Harga
Dewasa
RM20
Kanak-Kanak
RM10

1. Sejarah Fort Cornwallis
Fort Conwallis telah dibina pada tahun 1786 oleh Francis Light dengan menggunakan buruh-buruh dari India. Kota ini dibina setelah empat hari Francis Light menduduki Pulau Pinang. Pada mulanya kota yang berukuran 46.4 meter persegi ini dibina daripada batang pohon nibung dan kayu kemudian pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatan Kolonel R.T. Farquhar sebagai Gabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan menelan kos sebanyak $80,000.

Kota ini berbentuk bintang berbucu empat dinamakan sebagai 'Kota Cornwallis' sempena nama Jeneral Gabenor India, Charles Earl Cornwallis. Kota berketinggian lebih kurang 10 kaki ini dibina khas untuk pentadbiran dan bukannya untuk pertahanan. Sungguhpun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan artileri Diraja, dalam sejarah, fungsinya lebih kepada pentadbiran berbanding pertahanan. Sepanjang sejarahnya, kota ini tidak pernah terbabit dalam sebarang pertempuran



Di dalam kubu masih terdapat beberapa struktur asal yang dibina lebih seabad yang lalu,termasuk sebuah gereja kecil ,sel-sel penjara ,bilik tahanan,kawasan storan senjata dan peluru, rumah api, meriam dan sebagainya.Di dalam kota ini juga terdapat kiosk serta kafe untuk memudahkan pelancong mendapatkan makanan dan minuman.


2. GEREJA KECIL (CHAPEL)




Ini adalah struktur gereja paling awal yang masih hidup di Pulau Pinang dari zaman kolonial. Ia dibina pada tahun 1799 di sebelah timur Fort Cornwallis di benteng barat daya untuk tujuan beribadat

3. SEL-SEL PENJARA

Sel-sel penjara dan bilik tahanan yang masih terdapat dalam Kota Cornwallis. 

4. RUMAH API KOTA CORNWALLIS 



The Fort Cornwallis Lighthouse atau dalam Bahasa Melayu Rumah Api Kota   Cornwallis adalah sebuah rumah api di Fort Cornwallis, George Town, Pulau Pinang,   Malaysia.Rumah Api itu dibina oleh kerajaan British Malaya pada tahun 1882 sebagai Fort   Point Lighthouse dengan kos £10,224.Pada tahun 1914-1928, Rumah Api itu menjalani   pengubahsuaian dan namanya diubah menjadi Penang Harbour Lighthouse.Rumah api itu diperbuat daripada rangka keluli putih dengan ketinggian 21 meter. 


 5. STOR SIMPANAN SENJATA API


Stor serbuk senjata api atau bahasa Inggerisnya dipanggil ‘’ Gunpowder Magazine’’ juga terdapat di Fort Cornwallis.ini dibina pada tahun 1814. Ia merupakan tempat simpanan senjata dan peluru. Rekaannya berdinding tebal untuk mengelakkan kesan kerosakan teruk jika letupan berlaku. Stor menyimpan serbuk senjata api dalam Ini ialah stor utama dan terletak di kawasan berhampiran meriam-meriam yang menghadap laut. Ia mempunyai bentuk yang agak unik.

6. MERIAM-MERIAM GANGSA LAMA



Terdpat kira-kira 17 meriam gangsa lama di dalam kota ini . Meriam-meriam ini dihalakan kelaut bertujuan sebagai pertahanan daripada ancaman musuh yang datang dari arah laut. Salah satu daripada meriam-meriam lama tersebut adalah Meriam Seri Rambai. Meriam-meriam ini telah dihadiahkan oleh pihak Belanda kepada negeri Johor yang membantunya menentang Portugis. Tetapi apabila Johor ditawan oleh Acheh, meriam-meriam ini dibawa ke Acheh dan kemudian dihadiahkan kepada negeri Selangor dan diletakkan di Kota Kuala Selangor. apabila Inggeris menawan semula Kuala Selangor, meriam ini dibawa ke Pulau Pinang dan di tempatkan di dalam Kota Cornwallis.